Sebenarnya nak upload gambar2 yg aku amik lately - sekali terselongkar gambar2 terawal era dslr aku. FYI, lama jugak aku ‘demam’ nak memiliki sebijik kamera digital single lens reflex ni. Minat ambik gambar memang ada.. cuma terbakar bila rakan terdekat, si Torot dah selamba angkut sebijik beberapa bulan sebelum tu. FYI untuk penduduk2 M’sia, di Dublin, harga retail kamera kat kedai memang mahal, & bukannya boleh tawar menawar sangat pun. Kalau nak dapat harga macam kat Malaysia, kena carik kat eBay, atau mana2 retailer online & FYI, kat sana, online shopping memang common & reliable. Tiap2 hari aku check eBay & Gumtree.ie kalau2 ada offer yang ok.
One fine day (Sabtu pagi) 31/05/2008 - terjumpa kat Gumtree - D80 + kit lens for 650euro. Tak penah aku jumpa semurah ni. Terus aku set jumpa seller ni - pukul 11am kat park sebelah Jervis, check kamera yang aku suspek 2nd hand, tapi mmg brand new. Brader German tu pakai seluar pendek dengan kotak kamera dalam beg kertas Next. Aku hulur cash, beli camera macam beli barang apa ja time tu, kat bawah pokok. Kamera tu dia bawak dari Germany, straight dari kedai kawan, sebab tu murah. Ofismate aku sorang pun aku rekomen beli sebijik dslr kat brader ni.
Ok - bawah ni antara gambar2 pertama yang aku amik hari tu jugak - lepas beli memori kad & charge bateri.
[Aiden di Merrion Sq. 10min walk from our place]
[Aiden at home]
[Grand Canal view from our balcony. Aku paling enjoy bila balik kerja, sampai rumah pukul 6ptg, & makan nasik kat balcony ni. Mat salleh yang lalu lalang jalan kaki kat seberang canal asyik pandang2, aku rasa diorang pelik tengok aku makan nasik pakai tangan kut.. ehehehe.. ]
[Gambar ni tak menarik pun, sekadar nak show off]
[Cemana budak ni boleh tidur atas lantai pulak masa ni, tak ingat]
[Grand Canal Square]
[Grand Canal - jalan2 dengan Aiden]
[Ni si Torot datang melawat aku yang baru dapat 'ubat' demam yang lama aku tanggung. Torot, aku dah kata tak boleh blah punya nak try gitar tu]
[warning - long post with many large photos & no page-break, may takes a long times to load]
Credit to Nazri’s 24-70mm f2.8 & Aliff’s SB800
Self-explanatory title - tapi rasa macam kena explain jugak nih.
Syahril & Siti Khodijah (tolong betulkan spelling kalau salah :))
FYI Syahril ni adik ipar aku, adik Masni, ketiga dalam adik-beradik. Sekarang bekerja di Ipoh, seorang handy-man yang amatlah ‘reliable’. Semua langsir kat rumah kami sekarang dialah yg pasangkan, termasuk gantung kitchen cabinet sekali. Apa2 barang letrik yang rosak tu, dia boleh tengok2kan. Sebagai tanda penghargaan, kami hadiahkan khidmat fotografi & gubahan hantaran istimewa. Bawah ni ada sikit ringkasan jadual majlis ‘kecil-kecilan’ hujung bulan Mei lepas.
Kesemua yang di atas - aku kena hadir untuk sebagai ‘family-photographer’.. fuyoo.. ni self-appointed title ni, special. Apa bezanya dari shoot majlis2 lain, mestilah ada beza, sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, aku selit2 role fotografer aku di celah2 role2 sebenar - logistik, tolong siapkan bunga telur, melayan si Aiden, makan breakfast, dodoi Masni tidor, menyambut tetamu, berborak dengan sedara ipar yg jarang2 jumpa, borak dengan mak bapak sendiri, driver, ahli rombongan pengantin, angkut barang2 hantaran, makan di meja pengantin, urut kaki Masni, basuh ber*k Aiden, siapkan slideshow untuk kenduri.. dan lain2.. fuhh.. amik ubat. Apa2 pun, pengalaman memang priceless, especially bila usaha kita dihargai. Aim aku .. to capture all the beautiful moments as much as possible. Lepas ni mission untuk siapkan product dalam album. Lepas aku sihat sikit.
Ok. Entry ni aku karang secara kronologikal, dengan few shots yg aku rasa menarik & will tell the story. Orait!
[Apa agaknya kat fikiran dia sekarang ni.. kata Syahril 'Tiba2 jadi gabra bila kena duduk atas bantal kat tengah2 ruang tamu ni']
[Salam dengan kakak tersayang (the only kakak pun). Masni ada special seat kat belakang, kalau main game Atari/Nintendo dulu2, dia ni ibarat big-bos .. jumpa kat stage last sekali. Menitis jugak air mata masa ni, aku sebagai FP of the day kena control macho]
[Nak jugak tumpang sekali, aku suka gambar ni sebab ada ayah siti tersenyum kat belakang]
[Bye-bye-celah-pintu-shot untuk majlis akad nikah di siang Jumaat. Tahniah kepada Syahril & Siti]
[Malam berinai. Teruja jugak aku bila Pengantin Baru keluar dengan costume yg bukan main-main. Serius lawa, so aku pun serius ambik gambar. Aku berpeluang merenjis sekali, cuma takda orang nak amik gambar aku]
[Day 2 - getting ready. Jelas kelihatan kat wajah Syahril - pressure dah hilang, hari ini dan esok akulah raja. Shahril tak berapa sihat sebenarnya, aku rasa satu hari dia 'laloq' time kenduri sebab dah telan ubat batuk. Anyway, don't worry, nampak berseri & ceria sepanjang hari]
[Day 2 -1230pm. Konvoi pengantin lelaki dari Tg Malim bertolak ke rumah pengantin perempuan di Selangor. Bunyi macam jauh sebab negeri berbeza, tapi jaraknya 3km only - kat Ulu Bernam]
[Bapa pengantin & abangnya.. mengulung rokok]
[Shot yg almost perfect kalau tak kerana double-chin aku]
[Shiny happy people - Rakan2 Shahril & Siti masa belajar, di KUKUM tak salah aku, gembira sentiasa. Tak payah mintak posing, sendiri freestyle. Macam dah selalu gi kenduri nampak]
[Day 3 - 3/5 dari adik beradik pengantin - Shami (pengapit), Ani & Masni]
[Aiden behaving nicely bila jumpa Tok Abah & Maktok dari Kedah, Uncle Yan + Pakcak from Seri Kembangan & Uncle Ibrahim + Untie Zariah of PJ ss3 pun ada]
[20min lepas gambar ni - Masni tumbang tidur kat bilik berhawa dingin]
Selamat pengantin baru buat Syahril & Siti, selamat datang ke keluarga kami buat Siti.
Moga2 bahagia selalu & Good luck on your new adventure!
[Photos over one of the warmest day so far this year]
Letih nak bercerita, aku share gambar sahaja kali ini. Penat + dehydrated lepas weekend yg busy + panas belum recover lagi. Bawah ni sekadar gambar2 sekitar aktiviti family masa hujung minggu (Jumaat malam + Sabtu siang)Nama hari Sabtu, tapi busy ngalahkan hari kerja. Pagi2 lagi dah bangun siapkan Aiden ke kelas di SS3. Gambar sini akutarik jadi black & white - freeze the time.
Aiden @ 8am - masih mamai.
Sunway Pyramid - 9am, kedai tak bukak pun lagi. Masni @ 32 weeks.
Minum pagi. 2 orang RM20. Tak boleh buat selalu.
12pm Pusrawi Sek 8 Kota Damansara. Scan 4d rm160 - paling murah di Klang Valley area. Cuma tak nampak pulak muka baby sebab lindung cord & dekat dengan dinding rahim. So sebab tak nampak jelas, dapat diskaun.
Jadual petang agak busy jugak. Aku kena photoshoot gambar gubahan2 yg Masni buat. Kena shoot semua angle sebelum dipindahkan ke Tg Malim. Ada masa nanti aku uploadkan.
Gambar ni kena ada warna. Dah 5 tahun lebih aku tak kena buah kegemaran aku ni. Dulu mak aku pernah belikan seperiuk, aku belasah sorang. Kali ni pun beli sekadar nak lepas geram, boleh la pengubat rindu, walaupun banyak dah lebam.
Here are the top 14 15 photos selected from all the submission that we’ve received for the contest. Congratulation to all that make it to this stage. Please bookmark this page. Tell your friends about it. Voting ends on 9th June 2009. Start voting, now!
Last weekend balik Tg Malim. Hari Sabtu aku & Masni ada kelas di Shah Alam, terpaksa tinggal Aiden satu hari di kampung. Alang2 balik kampung, kami ambil kesempatan celebrate ‘lagi’ birthday Aiden, best sebenarnya tengok Aiden happy sambil nyanyi & tiup lilin, ni kek ketiga dia tiup unutk 4th birtday tahun ni Kali ni Masni order cupcakes (6×6) dari Fun Muffin - kawan baik masa dia kat ‘Semengkeb’ dulu (kalau tak salah aku). Senyum lebar Aiden dengan gambar2 Thomas & Pingu bersusun atas kek.
Aku belum berpeluang nak godek gambar yang aku ambik malam tu, aku post dulu gambar dari Fun Muffin flickr collection. Boleh ya Farah..
Rabu Malam - Rabu adalah hari yang paling slow masa berjalan, bagi aku yang bekerja ofis 9-6. Jadi Rabu malam adalah hari yang paling sesuai nak rechagre semangat pertengahan minggu. Apatah lagi bila ada isteri yang memang suka dibawak jalan2, anak pun sama, yang dalam perut pun sama2 excited. Entry kali ni aku sekadar share gambar2 aku snap semalam.
Ada satu kereta kat area ofis aku, atas dashborad penuh dengan model Shell Ferrari. Aku kira2 ada dekat 20 bijik, tiap2 tahun dia beli kut ni. Kalau Aiden nampak mesti sengih sampai telinga.
Aiden lately - suka main game game mak dia muat-turun dari. Masni ajak keluar jalan2 - cuma agak buntu nak ke mana. Asyik2 Giant. Last2 aku suggest gi minum2 kat Pizza Hut pun jadi la, Aiden boleh hirup sup.
Antara toy Aiden yang dia suka main sekarang - mesti dia main dengan Eve sekali.
Elok lalu kat depan Pizza Hut, Masni cakap ‘Jomla gi KL!.. Jalan2 KLCC’. Aku bukan tak suka, kalau KL, KLCC saja yang aku suka, tempat lain dah havoc sangat. Cuma mata agak kuyu sebab semalam dah tidur lewat, dahtu pegi-balik kerja pun KL jugak.. tapi aku bawak jugak la anak bini jalan2. Janji aku bawak kamera aku ehehehe. Elok lepas parking kat luar tu, hujan pun turun kekeke.. tak sempat aku nak layan amik gambar luar. Dapat la sekeping dua dengan 50mm aku.
Masni punya habuan ni. Aiden makan waffle A&W, aku hirup root beer. Balik umah kul 11pm, harap2 terhibur la Masni & Aiden semalam.