I AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/
I AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/
I AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Author ArchiveI AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/I AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/I AM MOVING TO http://asrafsani.leprikon.net/Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. Rabu Malam – Rabu adalah hari yang paling slow masa berjalan, bagi aku yang bekerja ofis 9-6. Jadi Rabu malam adalah hari yang paling sesuai nak rechagre semangat pertengahan minggu. Apatah lagi bila ada isteri yang memang suka dibawak jalan2, anak pun sama, yang dalam perut pun sama2 excited. Entry kali ni aku sekadar share gambar2 aku snap semalam. Ada satu kereta kat area ofis aku, atas dashborad penuh dengan model Shell Ferrari. Aku kira2 ada dekat 20 bijik, tiap2 tahun dia beli kut ni. Kalau Aiden nampak mesti sengih sampai telinga.
Aiden lately – suka main game game mak dia muat-turun dari. Masni ajak keluar jalan2 – cuma agak buntu nak ke mana. Asyik2 Giant. Last2 aku suggest gi minum2 kat Pizza Hut pun jadi la, Aiden boleh hirup sup.
Masni punya habuan ni. Aiden makan waffle A&W, aku hirup root beer. Balik umah kul 11pm, harap2 terhibur la Masni & Aiden semalam.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
May
13
2009
Ferrari Shoot @ Home & Klinik Lewat MalamPosted by: admin in Family, tags: 599, Aiden, F430, Ferrari, FXXD300 + 24-70mm f2.8[Amik ubat] Kebosanan bercampur ‘buang-tebiat’ semalam, aku kumpul model2 Shell si Aiden (sempena last day offer beli kereta ni kat Shell Ahad lepas). Satu kereta yang aku minat tapi tak jumpa2 – 360. Kalau sapa2 ada extra nak jual or trade-in dengan F1 (extra), boleh aja. Thanks to Aiden kerana sporting membenarkan aku untuk mengambil gambar2 ni. Atas sebab2 peribadi, aku terpaksa tanggalkan semua no plate kereta. Female model Aiden tak dapat sediakan & aku pun tak belikan apa2 anak patung kecik untuk Aiden. Tiap kali lalu sebelah kedai minyak Aiden akan cakap ‘Rory racing car Rory racing car’ So dialog aku kat kaunter ‘Minyak 40 hijau pam 4, kereta satu’ sambil hulur RM50 sekeping. Make : Ferrari Model : 599, F1 2008 (tak salah aku), FXX, 430
FXX – supercar ni aku shoot pakai PC lens (atau T&S untuk kaum berbangsa Canon) untuk menghasilkan effect gambar seumpama miniature model. Ehehehe.. Semalam pukul 1pg (satu pagi) kami keluar ke klinik atas sebab kebimbangan dengan selsema & batuk Aiden yg tak abih2. Paham2 la waktu sekarang ni sebab apa kami risau. Bulan ni dah 2 kali pi klinik. Batuk lega, selsema tak lega2. Semalam dia tak dapat tidur sebab hidung tersumbat, suhu pun dah mula naik. Balik dari klinik (Seksyen 6 Kota Damansara), 4 syringe ubat Aiden telan. Bangun pagi dia sengih macam biasa, makan breakfast macam biasa, tengok Astro 613 macam biasa, cuma dia mc tiga hari minggu ni. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. D300 + 24-70mm f2.8[Selamat Hari Ibu buat Mak - Rosni Mahadzir di Jitra, buat Masni - ibu & bakal ibu kepada anak/2 ku, Mimi di Tg Malim & semua wanita di luar sana yang bergelar Ibu, bakal menjadi ibu, pernah menjadi ibu & ingin menjadi ibu] Bagi aku Hari Ibu ni bukan sahaja mengajak kita untuk menghargai/mengenang jasa dan pengorbanan besar insan yang bergelar ibu, tetapi juga sedikit-sebanyak mengajar kita untuk lebih bersikap berterima kasih ke atas apa jua pemberian orang lain buat diri kita. Ini sekadar intro untuk aku bercerita sedikit pasal sorang teman bergelar ‘M’. Aku kenal dia dari tahun 97 lagi. Cuma lepas tahun 2003 baru aku nampak sikap2 dia yg suka tolong ataupun kadang2 ‘manjakan’ orang. Kalau dia hargai seseorang, beruntunglah dia tu Hujung bulan May 09 ni, keluarga si M akan menyambut seorang lagi menantu, kali ini adik ketiga M yang sedang bekerja di Ipoh. Kerana sifat ambil berat dan ingin meringankan beban adiknya, M tawarkan untuk menggubah & menyiapkan hantaran adiknya. Memanglah M ni duduk di rumah sepanjang hari, tetapi setiap surirumah pun tahu, bukannya ringan tugas2 dirumah. Pagi2 mengemas rumah, basuh baju, sidai baju, buat makan tengahari untuk anak, ajar anak, pastu kalau cukup tenaga, masak sebelum suami balik. Masuk minggu ni, M dah pun 7 bulan 2minggu mengandungkan bayi keduanya, dah boleh masuk kategori sarat. Satu pagi sabtu yg terang, M keluar bersama suaminya untuk mula membeli bahan2 untuk dibuat hantaran. Pagi itu di kedai, dia tekun memilih, berbincang dengan salesgirl & kemudian membeli lebih-kurang 75% bahan2. Di akhir hari yg sama, dia berjaya siapkan 80% gubahan. Selebihnya dia siapkan sedikit demi sedikit bila dia ada masa. Semoga segalanya berjalan lancar & siap untuk dihantar ke kampung secapat mungkin. Aku letak entry kali ni sebagai penghargaan aku dengan usaha M. Sebab aku yang nampak apa yang dia lalui setiap hari. Post ini bukan atas permintaan dia, ini post ikhlas aku. Selamat Hari Ibu buat M. Al-kisah Disember 2003 – M pulang dari luar negara untuk persiapan perkahwinan lagi 3minggu dari tarikh dia tiba. M habiskan 2 minggu pertama bulan tu untuk mencari, design & membeli barangan untuk dibuat hantaran bagi pihak dirinya. Dalam 3 minggu ini jugaklah dia bertungkus lumus menyiapkan semua. (Jutaan terima kasih buat Mak aku di Kedah yang uruskan segala persiapan hantaran aku). Sample 1
Sample 2 Gambar Aiden kena ada. Ini dia dalam kereta – menahan panas.
Aiden tekun buat mini-homework untuk weekend lepas. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. Sakit kepala aku tak habis2 lagi ni. Nasib aku tak berapa baik, malam ni kena ngadap kerja opis, kalau tak, kompem hati lebih senang & kompem aku upload gambar2 projek Latih Tubi hari ni. Buat sementara waktu, aku upload gambar syok sendiri dulu.. enjoy. Photo by Torot, kredit to tangga NazriPost Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. Sebenarnya nak create blogspot punya profile, so senang nak komen kat blogspot2 kat luar sana, sekali dah ada blog nama asrafsani.blogspot. Aku tak ingat pun aku open akaun ni. Blog tu pun takda apa2 post.. hmm.. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. Lagu faveret malam ni.. Kekeke.. kesian Aiden culture shock. 1st time masuk karaoke, 1st time jugak la Aiden tengok mak bapak dia menyanyi penuh feel. Terkebil-kebil dia duk perati sambil makan waffle peanut butter. Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress. |