Archive for the “Dakwah” Category

10 kumpulan manusia di Padang Mahsyar
MANUSIA selepas dibangkitkan dari kubur masing-masing akan menuju ke Padang Mahsyar. Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.
 
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka, tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Ketika dalam penantian persidangan itu, kelihatan wajah mereka yang tunduk cemas, muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut serta bimbang sentiasa bermain-main di fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.

Sesiapa saja akan tetap diadili dan bergantung betapa taatnya dia dengan perintah Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok).” (Surah an-Naml, ayat 83)

Asy-Syaikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani dalam kitabnya Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi menceritakan pada suatu hari sahabat Mu’adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai maksud firman Allah dalam surah an-Naba’, ayat 18, bermaksud: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Mendengar saja soalan itu, lantas Baginda menangis dengan bercucuran air mata seraya bersabda:

“Wahai Mu’adz, sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar! Ada 10 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia.”

Golongan itu seperti berikut:

Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan diiring. Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Ada manusia yang dihalau dalam keadaan terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu adalah daripada yang suka mengganggu tetangga.

Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 124-126 bermaksud:

“Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: “Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan.”

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelas bahawa walaupun ketika berada dalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-

Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: “Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka.”

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
> syaitan :
> 1. Zalituun
> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
> jimat cermat. penggoda
> supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
> barang-barang yang tidak perlu.
>
>
> 2. Wathiin
> Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
> bersangka buruk terhadap
> Allah.
>
>
> 3. A’awan
> Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
> mendekati rakyat. Seronok
> dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
> rakyat dan tidak mahu
> mendengar nasihat para ulama.
>
>
> 4. Haffaf
> Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
> orang yang berada di
> tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm &
> tempat yg ada minuman
> keras).
>
>
> 5. Murrah
> Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
> muzik sehingga lupa
> kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan
> dan glamour etc.
>
>
> 6. Masuud
> Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
> fitnah, gosip, umpatan dan
> apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
>
>
> 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
> Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
> ketika masuk ke rumah,
> Daasim akan bertindak agar berlaku  keruntuhan
> rumahtangga suami isteri
> bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul
> isteri, isteri hilang
> pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
> pelbagai bentuk kemusnahan
> rumah tangga lagi).
>
>
> 8. Walahaan
> Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
> khususnya ketika berwuduk dan
> solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
>
>
> 9. Lakhuus
> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
> api/matahari.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

PENAWAR DI KALA KEPENATAN

Sebagai seorang wanita, tugas sebagai seorang isteri dan suri rumah
memang memenatkan. Bebanan itu akan bertambah apabila telah mempunyai
anak dan terpaksa pula bekerja untuk meringankan beban suami. Hanya
orang
yang benar-benar sabar yang boleh menjalankan semua tugas ini dengan
penuh
rasa ceria. Kita menghormati wanita-wanita yang mempunyai jiwa yang
tabah.
Sebagai manusia biasa, ada waktunya timbul rasa teramat penat setelah
bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja rumah. Tambahan pula apabila
suami tidak turut sama membantu. Keadaan ini boleh menambah tekanan
hidup dan jika tidak diuruskan secara profesional, kerukunan rumah
tangga
akan terjejas.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : “Bapa kamu telah datang
membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam untuk membantumu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya dirumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda
s.a.w. berkata: “Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang
lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua
berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali. Ia
adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya
bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina
Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya:
“Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan
‘Allahuakbar’(34 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita.
Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Insyaallah……….wallahuaalam.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Menyambut Kelahiran Bayi

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.
6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Assalamualaikum, khas buat para isteri..semoga doa ini dapat mengubat hati
anda semua dalam melayari alam rumahtangga yg ada 1001 mcm rintangan. Hanya
pada Allah tempat kita mengadu…
DOA SEORANG ISTERI
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Received this from others and hope to remind myself by reminding
others:

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri – fadhilat – Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin – fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam
kubur nanti

3. Menahan marah – fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan  yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat – fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman
dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim – fadhilat – Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap  rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah – fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar
jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri – fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat – fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak – fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali – fadhilat – Allah akan
memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat -  fadhilat – Allah akan mengampunkan
dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana    Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca -  “ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru” -fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa – fadhilat – Diberi pahala seperti memberi
sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa – Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala. – fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri
yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam
kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang
riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada
suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana
kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika
pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan
suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan
kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya
mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.
Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan
suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada
hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami
bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa
dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk
selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan
memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi
pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik
tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan
berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk
menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa,
berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh
memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti
kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan
di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka
banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »