Archive for the “Family” Category


18.12.2008 - Kena ada di JB hari ni, sebab terlajak masa di Hospital Putrajaya hari sebelumnya, kami lewat bertolak dari SK. Ada kut sekali berenti lelap kat R&R, sampai pun dah lewat, & taknak ganggu sesapa so kami check in Hyatt berkat recommendation si Torot & Emmy. Kalau boleh mmg nak jalan2 lama lagi sebab bukan selalu nak turun JB, tp kena jugak balik sebab ada hal esoknya di KL. Selesai di JB, pukul 630pm bertolak balik ke SK, 2 kali berenti lelap, tak larat sangat dah nak singgah Seremban minum2 dengan Torot, kami straight balik.. tu pun siap sesat lagi kat Putrajaya.. hampeh., tp Alhamdulillah selamat sampai.

Danga Bay

View from 5th floor room.

17.12.2008 - Hospital Putrajaya. Nak buat check up si Masni, & Mak recommend Hospital Putrajaya sebab dekat & dia pun arif dengan proses kat sana. Kami straight ke counter ‘full pay’, so tak perlu tunggu line panjang, kecuali bila nak collect ubat. Walaupun gaak lama, tapi lengkap semua registration, check-up, scan, bayar & ambik ubat sekali. Aku yang letih nak melayan Aiden, nasib baik ada indoor play area boleh dia lepaskan extra2 energy tersimpan.. hyper. Nanti kena survey lagi berapa harga pakej2 kat Hospital ni, ini pun kalau kami menetap di kawasan2 berdekatan nanti. Kemudiannya, kami lunch di Alamanda..

Happy si Aiden happening kat indoor play area hospital ni.

Mak bercerita, Masni mendengar, Abah tersengguk-sengguk tahan mengantuk.

Comments 4 Comments »

Tepat jam 2pm kami selamat mendarat di KLIA. Toilet, duty free 3 kedai, naik train, tunggu bag.. jadi 330pm. Kat luar, dua2 family dah tunggu termasuk Torot Emmy & Sutra. Terima kasih datang nyambut haaa..

Sutra dengan baju klasik 30thn..

Comments 2 Comments »

15.12.2008

Plan nak one-day round Dubai terpaksa dibatalkan sebab Masni demam teruk. Dari dalam flight dia dah berbungkus dengan wet towel semua cukup. Sampai di Abu Dhabi pukul 7pg, ambik bas ke Chelsea Tower (complimentary of Etihad), check in luggage & terus naik cab ke rumah Ucop. Man Dubai (formerly know as Man Limerick) ada di rumah haritu. Jalan2 dalam cab haritu tu, nak turun jalan2 kaki mmg dah tak bertenaga, tapi berpeluang la jugak dia tengok2 Syeikh Zayed Road, Burj Dubai, Burj Arab & Dubai Marina.

Tengahari aku keluar dengan Aiden & Man, jumpa minum2 dengan Ucop area ofis dia. Lepas lunch kami 3 beranak flat atas katil.. lega dapat rehat. Malamnya lepas dinner, Man hantarkan kami ke Chelsea Tower - naik coach balik ke Abu Dhabi airport.

Cromok Tribute band from Dubai.

Terminal 3 Abu Dhabi airport - mulai 15.12.2008, flight2 ke KL, & beberapa destinasi Asia lain bertolak dari Terminal 3. Memang lagi ok sebab Terminal 1 dah terlampau sarat. 2 jam lebih menunggu, Masni dah siap bersantai tidur atas karpet, Aiden pulak meronda2 terminal.

Aiden tengok Wall-E buat kali keempat kut ni dalam flight.

Comments 2 Comments »

Dah 4 hari kat Malaysia, baru ada time nak jenguk2 flickr & blog. This time, aku update aktiviti hari2 terakhir kat bumi Ireland, sebagai tribute pada semua yang ada di sekeliling kami masa tu. Dua hari last di Dublin (12&13 Dec) kami tidur di rumah Ucop/Ina sebab barang2 semua dah diangkat Putra Venture (thanks to Abid & Rebot for your very convenient arrangement and the suprisingly low loose-item charge!).Dua malam di rumah Ucop, tidur pukul 3pg & 5pg, borak, main game & makan sushi.

Special thanks to Ina Ucop sediakan kami 1st class accomodation - sushi, sup daging & hiburan PS3 included in package. Special thanks to Laila Farah pinjamkan Polo Turbo from Saturday-Sunday, very handy. Also thanks to Izwan bawakkan barang2 kami yg berat ke airport, dan juga rakan2 lain yg melawat di rumah Ucop & hantar ke airport.

14.12.2008 - Dublin Airport

Thanks to Izwan/Tesya, Bal/Eton, Rozai/Linda, Aziz/Lily, Rafah/Andy, Epi/Roza/Nisa & Liz kerana sudi luangkan masa hantar kami di airport.

Rumah Ucop/Ina - Antara pengunjung2 last day, Wan/Azrin & family, Ina Saiful & anak2 termasuk Shida. Pengunjung2 setia tiap2 hari walaupun sibuk exam - Fido, Penyoo & Anis. Fido - kita jumpa lagi atas padang PES.

13.12.2008

Last night in Dublin - antara tradisi kaum2 di Dublin, lepak malam2 borak2 kosong, tak abih2 bercerita. Umah Ucop/Ina memang dah menjadi macam kampung umat2  arkitek & QS di Dublin ni, raya pertama mesti kumpul kat sini. Malam last pun kumpul kat sini jugak. Thanks to Syabil melayan uncle main boleh sampai pagi kekeke… bila lagi. Torot ada tinggalkan banyak ‘Tobiko’, so aku bawak ke umah Ina untuk diproses menjadi sushi, kat Malaysia nanti mana dah nak dapat makan sushi free2 macam ni.. sanggup tunggu sampai 1-2pg nak makan sushi, sekejap saja dah licin. Special mention - Aziz sudi datang walaupun demam sampai bengkak2 jari tangan, esoknya pun datang ke airport.

Last evening in Dublin - Clonskeagh Mosque. Satu hari aku keluar dengan Aiden, biar Masni rehat dekat rumah. Aku pulangkan kereta sewa, & naik cab ke Blanchardstown untuk ambik kereta Farah. Balik ke Robuck Castle, lepas tu keluar sbb nak beli ‘mainan’ aku last minit, mainan Aiden pun sempat jugak tambah satu.. baik punyaa.

12.12.2008

Last night at Kearns Court - hari Jumaat - pagi tu aku tidur pukul 6pg nak siapkan sebanyak yg mungkin kotak2. Ingatkan dah hantar 70% haritu dengan Halim Kudus punya kontena, sekali bila dah keluarkan barang2 dapur - jadi macam sama banyak dari barang2 yang hantar 1st batch bulan lepas… kusut-kusut. Special mention to Putra Venture sbb bagi deal yg menyenangkan & menguntungkan semua pihak, jugak bagi price yg rendah.

Lepas selesai Putra Venture angkut barang pukul 7 lebih, kami ambik keputusan nak cuci terus rumah, biar tinggal dengan tip-top condition. Pukul 10mlm baru habis, kami pindah ke rumah Ina Ucop.

11.12.2008

Dinner at Epi/Roza’s - Thanks to Epi & Roza hostkan dinner special kat rumah diorang di Lucan. Waktu aku datang interview dulu, rumah diorang jugak aku tumpang tido, lepas dapat kerja, diorang jugak la yg tolong carikan apartment kat Blanchardstown. Malam tu dinner sedap, aku suka tom yam campur.. pedas sampai telinga..ada kick.

Comments 1 Comment »

10.12.2008 - Thursday

Hari ini dengan berbesar hati kami dinner di rumah Andy & Farah di Blandchardstown (to Leko, sorry dude, masa dah suntuk nak singgah Dursey Row). Selama 3 tahun kat Dublin, ni kali pertama dapat dinner di rumah Farah, inipun dah dekat2 kami nak tinggalkan Ireland. Takpa, better late than never. Apartment-slash-townhouse ni terhias dengan mood casual & penuh cozy - aku paling suka timber flooring punya finish. Plus Farah punya cold-temperature-intolerant, suam jadi suhu apartment ni dibuatnya. Thanx to Andy & Farah, kitorang dapat treat dinner yg special… kalaula malam ni malam normal weekend, boleh borak lama2 sampai pagi.

Pagi2 lagi kami dah keluar sebenarnya. Memandangkan kami hampir tiap2 keluar town, & 2-3 hari ni mmg perlukan kereta, ambik keputusan sewa kereta lagi senang. Target Mini MPV macam Renault Scenic, sekali dia bagi Ford Galaxi - layan.. 11am dari rumah, ke city centre, ke Lucan, ke Dundrum, kul 8pm ke Blanchardstown..

7.12.2008 Sunday

Epi, Roza & Danial visit.

Comments 5 Comments »

Some shots from the last 4 days on the 2nd last week in Dublin. Tiap-tiap hari keluar, tak padan dengan takda kereta.

02.12.2008 - Solo outing, beli ikan, pi ofis lama sat hantar barang, jalan2 Grafton Street, balik… sejuk2.

03.12.2008 - Family shopping day out - pi bank dulu, pastu serang Grafton & Stephen Green Shopping Centre.

Masni with Molly Malone

In Dublin’s fair city, where the girls are so pretty
I first set my eyes on sweet Molly Malone
As she wheeled her wheelbarrow through streets broad and narrow
Crying cockles and mussels alive a-live O!

04.12.2008 - Solo outing, ni aku saja keluar sorang2, nak puaskan hati jalan kedai2 yang aku nak masuk semua. Dekat 3jam jalan, tak beli barang sangat pun, usha ja lebih.

05.12.2008 - Aiden’s day - Pagi2 bangun awal, naik taksi ke Parnell St, tengok Madagascar 2. Aiden bukan main seronok, lebih kurang macam aku tengok konsert Metallica.. hehehe. Makan tengahari, belikan dia Fillet O’Fish kegemaran, lepas tu apalagi kalau bukan Smyth’s Toys..

Hari ni 06.12.2008, aku keluar lagi, tapi beli groceries only.. esok harap2 takyah keluar dah..

Comments 7 Comments »

Sunday night - Najib/Nadwah family & Andy/Farah melawat kami yang dah bergelar ‘pedestrian’ ni. Tq tu Najib & Nadwah sudi melawat kami dah dekat2 nak balik ni, lepas ni kalau tak sempat di Dublin, kita jumpa di Malaysia terus.

Andy & Farah - baru sahaja bergelar suami-isteri. Berkenalan tahun lepas, semua berjalan lancar, Alhamdulillah, tahun ni, selamat diijabkabulkan. Next week insyaallah kami singgah Blanchardstown.

Tengahari sebelumnya kami keluar ke Stephen Green Shopping Centre - nak jalan Grafton sejuk sangat, plus dah berjam2 berlegar dalam ni, tenaga pun dah habis, lagipun dah pukul 5pm, ada tetamu nak datang. Aiden sampai terlena sambil pegang ‘Mack’, nak pastikan kami tak lupa nak beli la tu.

Comments 3 Comments »

Hari ini, Azral atau lebih dikenali sebagai Torot, bersama-sama isteri dan anak, berangkat pulang meninggalkan bumi Ireland. Dengan jasa baik Izwan, Bal & Rozai - kami sama2 menghantar Torot sefamily ke airport. Thanks semua, dapat jugak aku & Aiden ikut. Thanks to Maroz jugak belanja di Airport. Antara yang hadir Rozai & Linda, Izwan, Tesya & Milya, Bal & Afif, Md Syuk, Suraya, Darina, Tariq & Ekin, Ummar, Epi, Roza & Danial.

Seperti yg dijangka, flight diorang delay sebab kabus tebal & ais di landasan.. 2 jam jugak kut nak berlepas, tidur semalam di Frankfurt aku rasa. Semoga selamat makan angin di Istanbul nanti.. kami tunggu update.

Banyak lagi gambar di entry Izwan.

sutra.. boleh agak kut nak pegi jauh inilah kabusnya aiden tolong bawak beg rozai rilex milya.. brzzzzz bal tekun dot setting ummar, tariq, & epi

Comments 3 Comments »

Hari Rabu lepas aku kena hantar kereta ke Belfast, untuk di-ship ke Malaysia. Hari last nak pakai kereta di Dublin, ada beberapa tempat kena pergi. Nak kejar last train pukul 810pm dr Belfast, so aku bagi 3jam untuk drive ke sana. Lately, Aiden mmg suka sangat ikut aku keluar, kecuali kalau aku cakap ‘Babah work’. Kali ni, sbb Aiden ni mmg suka naik semua jenis public transport, aku bawak dia sekali, bagi peluang Mama rilex2 di rumah. 430pm kami keluar, sekali Dublin traffic jam - pukul 520pm belum masuk M1 lagi.. stress. Masuk M1 terus aku speed straight sampai ke Belfast - dengan satnav built-in dalam kepala ni, aku redah cari tempat nak hantar kereta ni.. sampai sana ngam2 pukul 730pm. Masni dah awal2 book cab untuk ambik+hantar kami ke Belfast Central Station. Naik cab aku tanya driver “Do you think you can make it by 8″.. dia mengucap sambil jawab “I don’t know”.. pastu dia bawak cam pelesit jugak.. sampai station 756pm.. cukup masa aku beli tiket & buang air. Tepat 810pm, train jalan.. Aiden pun happy!

LR-9800-2 LR-9806-2 LR-9837-2 LR-9812-2 LR-9808-2 LR-9814 LR-9815-2

Comments 9 Comments »

Harini last day kat ofis, masih ada kerja nak settle termasuk kerja2 pembersihan meja & komputer. Delete2 email terjumpa kad jemptan ni.. probably the 2nd biggest makan2 held at our place in Dublin, anjuran Rufi/Siti & Bal/Eton.. sempena sambutan hari lahir anak2 termasukla Aiden. Ada masa nanti aku letak post nak cover event ni, & maybe korek gambar2 lama event2 lain kat rumah Dublin ni.. kat Msia nanti mesti dah kurang dah aktiviti2 makan2 camni, semua makan luarrrr.. senang.

card designed by Rufi

Comments 2 Comments »