D300 + 24-70mm f2.8

[Selamat Hari Ibu buat Mak - Rosni Mahadzir di Jitra, buat Masni - ibu & bakal ibu kepada anak/2 ku, Mimi di Tg Malim & semua wanita di luar sana yang bergelar Ibu, bakal menjadi ibu, pernah menjadi ibu & ingin menjadi ibu]

Bagi aku Hari Ibu ni bukan sahaja mengajak kita untuk menghargai/mengenang jasa dan pengorbanan besar insan yang bergelar ibu, tetapi juga sedikit-sebanyak mengajar kita untuk lebih bersikap berterima kasih ke atas apa jua pemberian orang lain buat diri kita. Ini sekadar intro untuk aku bercerita sedikit pasal sorang teman bergelar ‘M’. Aku kenal dia dari tahun 97 lagi. Cuma lepas tahun 2003 baru aku nampak sikap2 dia yg suka tolong ataupun kadang2 ‘manjakan’ orang. Kalau dia hargai seseorang, beruntunglah dia tu :) .Entry kali ini aku letak sedikit cerita tentang aktiviti M di rumah sejak kebelakangan ni.

Hujung bulan May 09 ni, keluarga si M akan menyambut seorang lagi menantu, kali ini adik ketiga M yang sedang bekerja di Ipoh. Kerana sifat ambil berat dan ingin meringankan beban adiknya, M tawarkan untuk menggubah & menyiapkan hantaran adiknya. Memanglah M ni duduk di rumah sepanjang hari, tetapi setiap surirumah pun tahu, bukannya ringan tugas2 dirumah. Pagi2 mengemas rumah, basuh baju, sidai baju, buat makan tengahari untuk anak, ajar anak, pastu kalau cukup tenaga, masak sebelum suami balik. Masuk minggu ni, M dah pun 7 bulan 2minggu mengandungkan bayi keduanya, dah boleh masuk kategori sarat.

Satu pagi sabtu yg terang, M keluar bersama suaminya untuk mula membeli bahan2 untuk dibuat hantaran. Pagi itu di kedai, dia tekun memilih, berbincang dengan salesgirl & kemudian membeli lebih-kurang 75% bahan2. Di akhir hari yg sama, dia berjaya siapkan 80% gubahan. Selebihnya dia siapkan sedikit demi sedikit bila dia ada masa. Semoga segalanya berjalan lancar & siap untuk dihantar ke kampung secapat mungkin.

Aku letak entry kali ni sebagai penghargaan aku dengan usaha M. Sebab aku yang nampak apa yang dia lalui setiap hari. Post ini bukan atas permintaan dia, ini post ikhlas aku. Selamat Hari Ibu buat M.

Al-kisah Disember 2003 – M pulang dari luar negara untuk  persiapan perkahwinan lagi 3minggu dari tarikh dia tiba. M habiskan 2 minggu pertama bulan tu untuk mencari, design & membeli barangan untuk dibuat hantaran bagi pihak dirinya. Dalam 3 minggu ini jugaklah dia bertungkus lumus menyiapkan semua.

(Jutaan terima kasih buat Mak aku di Kedah yang uruskan segala persiapan hantaran aku).

Sample 1

Masni's design 1

Sample 2
Masni's design 2

Gambar Aiden kena ada. Ini dia dalam kereta – menahan panas.

Typically Aiden

Aiden tekun buat mini-homework untuk weekend lepas.  Homework time

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

6 Responses to “Gubahan Ikhlas Puan M [Mothers Day Entry]*”
  1. tahniah dan selamat hari ibu M hehehehe
    bawak bawak berehat la M … dah sarat tu…. sure asik cekak pinggang jer tuuu… ehehehe

    lawa gubahan tu…. nampak sungguh M ehehehehe
    ker sungguh A ? or A

    azralramlay’s last blog post..Happy Mothers day

    Reply

    admin Reply:

    A cuma terlibat masa membeli barang, pastu A tidur dari kul 2 sampai 6ptg, bangun2 dah siap dah.. ehehehe

    Reply

  2. ish2..kelakar la guna nama Puan M tu…adoii…kihkihkih. tq..nanti time bersalin make sure dok sebelah…heheh.
    tq torot…nanti kalu free jemput la datang ke tg malim nun, bapak aku dok ulang2 nak main boling ngan korang….heheheh abis2..nanti aku pass kad kat A (ekekekek)

    Reply

    admin Reply:

    nanti dapat kad aku paskan kat budak2 bowling.. kalau tak dapat kad, kira jemput ngan air liur pun ok la kan

    Reply

  3. Salam..Entry ni so sweet…mesti puan M malu2 baca entry dari Encik Mo ni kan..(ingat2 lupa apa Puan M panggey encik A)
    BTW…nak habaq ni Encik A. Sebelum pulang ke Malaysia tahun 2003 tu..i temankan puan M cari barang-barang hantaran gak di oxford/bond street…ihihih(nak gak credit tuh)…

    Ahaa…bila puan M sekeluarga nak datang rumah saya (yang fail interior design tuh..)

    Lepas tu…nak bgtau…saya sgt suka dengan warna tema hantaran di atas…cream and green….so sweet. Hihihi…

    epel’s last blog post..DJ-LRC @ http://www.dj-lrc.blogspot.com

    Reply

    admin Reply:

    Puan A!.. wahai sahabat Puan M di kala susah senang.. rasanya Masni ada pernah cerita dia jalan2 cari barang hantaran dulu.. banyak betul kisah suka duka masa dia mula2 kat sana dulu, yg paling dia tak boleh lupa, masa malam 1st puasa.. ish ish ish..

    Reply

Leave a Reply