Dah 4 hari kat Malaysia, baru ada time nak jenguk2 flickr & blog. This time, aku update aktiviti hari2 terakhir kat bumi Ireland, sebagai tribute pada semua yang ada di sekeliling kami masa tu. Dua hari last di Dublin (12&13 Dec) kami tidur di rumah Ucop/Ina sebab barang2 semua dah diangkat Putra Venture (thanks to Abid & Rebot for your very convenient arrangement and the suprisingly low loose-item charge!).Dua malam di rumah Ucop, tidur pukul 3pg & 5pg, borak, main game & makan sushi.

Special thanks to Ina Ucop sediakan kami 1st class accomodation – sushi, sup daging & hiburan PS3 included in package. Special thanks to Laila Farah pinjamkan Polo Turbo from Saturday-Sunday, very handy. Also thanks to Izwan bawakkan barang2 kami yg berat ke airport, dan juga rakan2 lain yg melawat di rumah Ucop & hantar ke airport.

14.12.2008 - Dublin Airport

Thanks to Izwan/Tesya, Bal/Eton, Rozai/Linda, Aziz/Lily, Rafah/Andy, Epi/Roza/Nisa & Liz kerana sudi luangkan masa hantar kami di airport.

Rumah Ucop/Ina – Antara pengunjung2 last day, Wan/Azrin & family, Ina Saiful & anak2 termasuk Shida. Pengunjung2 setia tiap2 hari walaupun sibuk exam – Fido, Penyoo & Anis. Fido – kita jumpa lagi atas padang PES.

13.12.2008

Last night in Dublin – antara tradisi kaum2 di Dublin, lepak malam2 borak2 kosong, tak abih2 bercerita. Umah Ucop/Ina memang dah menjadi macam kampung umat2  arkitek & QS di Dublin ni, raya pertama mesti kumpul kat sini. Malam last pun kumpul kat sini jugak. Thanks to Syabil melayan uncle main boleh sampai pagi kekeke… bila lagi. Torot ada tinggalkan banyak ‘Tobiko’, so aku bawak ke umah Ina untuk diproses menjadi sushi, kat Malaysia nanti mana dah nak dapat makan sushi free2 macam ni.. sanggup tunggu sampai 1-2pg nak makan sushi, sekejap saja dah licin. Special mention – Aziz sudi datang walaupun demam sampai bengkak2 jari tangan, esoknya pun datang ke airport.

Last evening in Dublin – Clonskeagh Mosque. Satu hari aku keluar dengan Aiden, biar Masni rehat dekat rumah. Aku pulangkan kereta sewa, & naik cab ke Blanchardstown untuk ambik kereta Farah. Balik ke Robuck Castle, lepas tu keluar sbb nak beli ‘mainan’ aku last minit, mainan Aiden pun sempat jugak tambah satu.. baik punyaa.

12.12.2008

Last night at Kearns Court – hari Jumaat – pagi tu aku tidur pukul 6pg nak siapkan sebanyak yg mungkin kotak2. Ingatkan dah hantar 70% haritu dengan Halim Kudus punya kontena, sekali bila dah keluarkan barang2 dapur – jadi macam sama banyak dari barang2 yang hantar 1st batch bulan lepas… kusut-kusut. Special mention to Putra Venture sbb bagi deal yg menyenangkan & menguntungkan semua pihak, jugak bagi price yg rendah.

Lepas selesai Putra Venture angkut barang pukul 7 lebih, kami ambik keputusan nak cuci terus rumah, biar tinggal dengan tip-top condition. Pukul 10mlm baru habis, kami pindah ke rumah Ina Ucop.

11.12.2008

Dinner at Epi/Roza’s – Thanks to Epi & Roza hostkan dinner special kat rumah diorang di Lucan. Waktu aku datang interview dulu, rumah diorang jugak aku tumpang tido, lepas dapat kerja, diorang jugak la yg tolong carikan apartment kat Blanchardstown. Malam tu dinner sedap, aku suka tom yam campur.. pedas sampai telinga..ada kick.

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

One Response to “Last days in Dublin”
  1. satu posting , letak gambar paling penting sahaja… memang ringkas dan bermakna….. dapat balik kecap storyboard ko…. sian masni demam……
    wah wah wah….. aku tak sempat layan last sushi….. sini tah ada ker tak tobiko kekekekke……
    berjasa gak tobiko aku tu… ekkekekek…..

    thanks gak sekali lagi kat semua kawan kawan di Dublin…. semoga kita still keep in touch walaupun berjauhan…
    kita semua dah mcm family……

    azral ramlay’s last blog post..Malam Berinai – Nasleena

    Reply

Leave a Reply