Sejak pulang ke Malaysia, tiap2 weekend mesti ada hal, tak pernah aku ingat weekend yang aku bangun pagi Sabtu rilex, takda plan. Weekend ni sepatutnya macam tu, sekali ada kena buat kerja ofis la pulak.. arghhh. Apa2 pun pagi Sabtu aku siapkan nombor plate kereta dulu. Dah sebulan daftar, no plate Malaysia baru nak buat. Ni gambar last plate Dublin pada kereta aku yg comel. Haaa, plate number dah berkilat, kereta yg belum berkilat. Satu-satu la…

Kalau aku nak merasa laksa, tempat versatile aku boleh tuju, restoran D’Jendela kat Giant Kota Damansara. Laksa Penang dia boleh tahan la, laksa Johor pun ok, cuma Emmy buat lagi sedap kut.. ehehehe. Aiden pagi tu belasah 2+ set roti bakar. Lapar betul dia. Petangnya Aiden ada kelas kat SS3. Sementara menunggu, nak cari port layan kamera pun takda idea kat area tu, last2 kami melantak McD. Hari Sabtu tu mmg panas, naik kereta pun boleh lesu. Takpa, petang nanti plan nak terjun pool sejukkan balik badan ni.

Aiden sekarang ni pantang disebut, mesti dia nak ke swimming pool. Aku pun join la sekali berendam kat kolam budak2. Air dia suam2 kuku. Sedap. Pada kawan2, kalau nak bawak anak2 mandi, jemputla. Mak bapak nak join pun boleh, takyah pakai 2-piece pun takpa. Nak pakai pun takpa, aku boleh bawak kamera nanti.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments 14 Comments »

Adik aku Yan ni kerja part time dia jadi pengapit orang kahwin. Dah berapa kali jadi pengapit aku tak tau, selalu sangat aku dengar sampai dah mahir kut dalam proses kenduri-kendara ni. Bila la agaknya dia sendiri nak diapit.. zass. Boleh aku ada adik ipar & aku pun nak jugak rasa ada anak sedara.. ehehehe.. rilex2.. no pressure..

Jumaat lepas aku ikut dia ke majlis akad nikah kawan sekolah di Puchong. Majlis di rumah pengantin perempuan Pengantin lelaki diiringi dengan kawan2 rapat yang hadir untuk junjung dulang-dulang hantaran. Majlis malam tu meriah, simple & cosy. Sejam lepak situ, aku pun balik..

Bapa pengantin lelaki tenang menunggu.

Official photographers at work. Aku kena hati2 sebab taknak ganggu kerja diorang ni. Anyway, thanks to Blog Buih sebab tak kisah aku tag along untuk shoot few shots malam tu. Maaf kalau ada tingkah laku yang menggangu kerja anda.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments 2 Comments »

Dalam peti ais rumah aku ada 5 tingkat, tingkat paling atas akui dah parking siap wasabi & mustard. Lega aku bila tengok harga sushi kat Giant tak semahal yg aku jangka. Sale memanjang pulak tu.   

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Post ni khas untuk adik aku Azran Sani @ Yan @ nama artis Bangga sebab dengan bermurah hati meminjamkan kereta buat kegunaan harian family aku, sementara nak settle kereta sendiri. Aiden cakap “angke yen kaa” – translate Uncle Yan’s Car

Yan hari2 naik motor Seri Kembangan-Putrajaya. Lama jugak aku bergaya dengan V6 ni, 3 bulan lebih sikit sejak kami mendarat di Malaysia Disember lepas. Sampai la akhir2 ni selalu hujan & Yan sendiri susah nak ke tempat kerja. Main futsal pun menumpang adik kecik aku sorang lagi. Dua minggu lepas disebabkan aku cuti tak sihat, kereta ni terselamat dari kena banjir kilat kat ofis ni.. fuhhh.. nasib.

Rabu lepas aku nekad pulangkan balik walaupun kereta sendiri belum betul2 settle.. sori tak sempat servis & basuh. Aku jumpa dia Jumaat tu, kereta dah pun berkilat.. ehehehe.. OK.. selamat menikmati kembali hidup berkenderaan-berbumbung. Thanks again dari kami sekeluarga..

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments No Comments »

Makin dekat pukul 6ptg, makin slow masa berjalan.. terutamanya bila tak berapa bizi.. Cara paling cepat nak hilangkan boring, lawan chess ngan PC.

Dulu tahun 2005, kat ofis siap ada embeded chessborad kat meja makan.. dalam 3 buah. Ada sikit demam chess masa tu kat ofis, pantang ada masa sikit, mesti main. Aku bukannya fanatik sangat, cuma minat tu ada sikit2.

Kat opis sekarang ni kebetulan ada pulak program ni. Main level 5 dah la.. tu pun bukan boleh menang selalu.
untitled-1

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments 2 Comments »

Ada satu lagi persimpangan yang aku perlu pilih, susah betul nak pilih jalan mana nak tuju.. bila dah diberi dua jalan.. dua-dua ada kelebihan & kelemahan, tapi apa yang akan berlaku kelak takda sapa pun boleh jangka.. Aduhh..

Gambar hiasan – Masjid Proton City Tanjung Malim

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments 8 Comments »

Hefffffffff.. tarik nafas panjang2 sedut udara nyaman kat sini.. hari yang ditunggu dah sampai akhirnya. Nasib baik jadik jugak, kekadang plan yg lama2 ni selalu tak jadi last minit.. Organised by Torot seperti biasa, ini gathering official yang pertama bagi warga2 Dublin yang dah pun pulang menetap di Malaysia. Event kali ni di Sungai Chongkak, Hulu Langat. First time aku sampai kat tempat ni, sejam jugak drive dari rumah. Last2 terkonvoi ngan Torot dari pekan Batu 9. Semangat tu bangun pagi beli sarapan walaupun tidur pukul 3pg malam sebelumnya. Aku berdua dengan Aiden pergi tanpa Masni.. orang pregnant pun tak berapa elok kunjung2 sungai pedalaman ni. Lagipun aku ada import dua babysitter jemputan khas dari Cyberjaya-slash-Hulu Langat. Walaubagaimanapun, aku nak sampaikan ucapan perhargaan tinggi pada Masni yang tolong marinade-kan ayam2 bekalan aku.. sbb aku pi main futsal.. hehehe..

Dulu di Dublin memang selalu busy every weekend dengan gathering2 di rumah kawan. Setiap weekend mesti ada jemputan. Memang happening. Sekarang dah balik ke Malaysia, busy memanjang.. nak jumpa member pun tak sempat, bila boleh berjumpa sekali-sekala macam ni kira bagusla ni. Syabas saudara organiser & terima kasih pada yang hadir memeriahkan suasana.

Model favourite aku – sapa lagi kalau bukan Aiden Sani anak lelakiku.

Rufi kali ni memang macam balas dendam betul dengan mainan baru yang dia. Baguslah sahabat kita ni, samangat tinggi dengan videografi ni. Syabas.. teruskan. Kami tunggu video.

Torot dengan effort untuk menghasilkan angle & bokeh terbaik dengan lens yg teramatlah lazat.. tak sempat aku nak layan lens tu, tuannya dah pegang.

Aiden taknak berendam lansung.. aku rasa dia tak biasa dengan sungai lagi.. takut nak pijak batu/pasir.. sejuk pulak airnya. Maklumla.. swimming pool air suam. Satu hari dia duduk atas batu. Takpa, asalkan dia happy.

Memperkenalkan babysitter jemputan khas – part time selebriti, part time student and full time PS3 – adik aku Yeen. Mamat ni alergik dengan bisa penyengat.

Ini pulak backup babysitter bila babysitter utama makan ais krim – cousin aku Azim. Muka  dia senang nak di-customisekan dalam Pro Evo PS3.

Sg Chongkak ni mengingatkan aku dengan Bukit Wang di Jitra, 10km dari kampung aku. Cuma bezanya di sini airnya lebih deras & banyak.. so lebih bersihlah lebih kurang. Tapi Bt Wang lagi dalam & tinggi aku rasa bukitnya, nama pun dah bukit.

Post kali ni aku sertakan banyak sikit gambar bagi puas sikit.. nak cover kelembapan aku mengupdate blog. Esok cuti, boleh la update. Assalamualaikum.

Group photo from azralramlay.com

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Comments 13 Comments »