PENAWAR DI KALA KEPENATAN

Sebagai seorang wanita, tugas sebagai seorang isteri dan suri rumah
memang memenatkan. Bebanan itu akan bertambah apabila telah mempunyai
anak dan terpaksa pula bekerja untuk meringankan beban suami. Hanya
orang
yang benar-benar sabar yang boleh menjalankan semua tugas ini dengan
penuh
rasa ceria. Kita menghormati wanita-wanita yang mempunyai jiwa yang
tabah.
Sebagai manusia biasa, ada waktunya timbul rasa teramat penat setelah
bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja rumah. Tambahan pula apabila
suami tidak turut sama membantu. Keadaan ini boleh menambah tekanan
hidup dan jika tidak diuruskan secara profesional, kerukunan rumah
tangga
akan terjejas.
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : “Bapa kamu telah datang
membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam untuk membantumu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya dirumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda
s.a.w. berkata: “Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang
lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua
berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali. Ia
adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya
bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina
Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya:
“Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan
‘Allahuakbar’(34 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita.
Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Insyaallah……….wallahuaalam.

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark

Leave a Reply