Hari ini, Azral atau lebih dikenali sebagai Torot, bersama-sama isteri dan anak, berangkat pulang meninggalkan bumi Ireland. Dengan jasa baik Izwan, Bal & Rozai - kami sama2 menghantar Torot sefamily ke airport. Thanks semua, dapat jugak aku & Aiden ikut. Thanks to Maroz jugak belanja di Airport. Antara yang hadir Rozai & Linda, Izwan, Tesya & Milya, Bal & Afif, Md Syuk, Suraya, Darina, Tariq & Ekin, Ummar, Epi, Roza & Danial.
Seperti yg dijangka, flight diorang delay sebab kabus tebal & ais di landasan.. 2 jam jugak kut nak berlepas, tidur semalam di Frankfurt aku rasa. Semoga selamat makan angin di Istanbul nanti.. kami tunggu update.
Penatnya sampai hari ni masih belum recover, kompem mat salleh jauh lg fit, selalu buat kerja ni. Semangat waja untuk bangun awal pagi yang beku, semata-mata untuk pergi mini-mountain-walk ni. Glendalough lagi - untuk visitor yg tak tau kat mana ni, tempat ni sama dengan post last weekend jalan2 ngan Udey & Nazri - tapi time tu hujan. Kali ni kami nekad nak redah apa jua cuaca - Alhamdulillah langit cerah, matahari pun keluar. Bersama Torot & Fly [aku saja takdak nickname], kami tercegat kat depan gate yg bukak lewat sejam lebih - dah ramai kereta menunggu pun. Slow2 jalan, tapi penat extra sikit sbb duk layan amik gambar lagi.. perlukan kecekalan/will power yg tinggi.. baru 1/3 perjalanan mmg ada terlintas nak patah balik, sbb boot dah terasa berat, jaket dah terasa macam duvet.. 2 kali jugak la berenti rehat sambil makan/minum roti + kit kat. Sesapa yg duduk di Dublin, kalau nak cover betul2 Irish landscape - highly recommended!
Ulasan & gambar dr peserta lain ada di blog Torot & Fly.
Grade:Hillwalk
Distance:9km
Time:3hr 30mins [kami buat 4jam lebih - banyak stop bergambar & makan roti]
Climb:380m
This popular walk leads you through some of the most spectacular scenery in Co. Wicklow. (The name Spinc comes from the Irish ‘An Spinc’ and means ‘pointed hill’). The trail ascends steeply up by the Poulanass Waterfall before joining a boardwalk. More than 600 wooden steps lead you to a viewing point overlooking the Upper Lake. The boardwalk skirts the top of the cliffs before descending through blanket bog and heath into the picturesque Glenealo Valley, home to a large herd of deer. A rough track then leads you back down into Glendalough Valley. [we went counterclockwise - macam F1 track]
Kul 5.30pg aku tercegat kat depan gate umah Fuad, sejuk yg amat aku rasa 5deg kut. Pagi ni aku, Torot, Rufi, Alip, & Fuad sekali sama2 ke Dublin airport mengantar Nazri & Udey pulang tanahair setelah 2 minggu di bumi Ireland ni. By the time aku karang ni, korang mesti tengah lepak2 ngan family tak pun terbungkang atas katil. Diorang ni mesti tak tido lansung, selepas melayan pengunjung2 last minit malam sebelumnya, pack barang plus (sempat lagi) update blog masing2.
Last word - Udey, selamat menyambung tugas di CS, salam buat semua warga CS & Pendang. Terima kasih dengan ilmu & masa yang dikongsi. Ada rezeki kita jumpa lagi kalau bukan di Malaysia, mungkin di bumi orang lagi, Insyaallah. Nazri, salam dari aku, Masni & Aiden buat family di Malaysia. Selamat mulakan tugas di ‘opis’ baru. Lepas ni, kalau ada ‘training’ kat UK kira dah dekat dah tu. Bila lagi boleh merasa masakan ko?
Gambar malam last kat umah Fuad & the geng - shot by Fuad
Moi, Mr Azral & Mr Aliff Credit - Taken by Mr Fly, using with his 14-24 f2.8 on Aliff’s D80 & probably Azral’s SD Card, linked from Azral’s flickr thru his blog. Location - Mr Rufi’s & Mr Fly apartment balcony, on their housewarming day.
Note - telephoto lens wasn’t mine- also Fly’s belonging
Under pressure nak keep up ngan Torot nye posting, ni ha gambar2 makan2 ala2 panas2kan rumah Saudara Rufi, Puan Siti & Mr Fly. Seperti biasa kitorang sampai 2nd half dah, & tak boleh nampak agresif sangat amik gambar.. Mata aku terus jeling kat Alip, ‘ciss.. dia dah lagi awal sambar lens Fly’.. so aku tunggu punya tunggu punya tunggu, last2 dapat la test drive 70-200mm VR, tp yg paling mengusik kalbu 14-24mm VR.
Tak pernah sebenarnya test drive apa2 wide angle zoom lens, so good opportunity nak tengok 14mm (on cropped sensor) tu besar mana - cukup wide dah bagi aku. TQ to Mr Fly bagi aku test.. & convincekan aku utk menabung utk lens yg jauh lg mahal dr D80 aku ni.. alahai
Jari aku tu ada dalam 1cm nak sentuh glass. Menakjubkan & mengiurkan sungguh.
Test drive
Jaga sikit Aiden, lens pinjam nihh..
Aktiviti menembak burung… pastu aktiviti melepak umah alip.. pastu melepak umah Saiful & Azlina.. sampail kul 2pagi