Posts Tagged “Dubai”
Posted by: admin in Family, tags: abudhabi, Dubai
Hari ni paling panjang - awal pagi keluar rumah Husin selepas breakfast ringkas. Husin dah pun keluar ke ofis, and dah siap call dia punya personal ‘chauffeur’ untuk drive kitorang ke pejabat visa. Aku tak dibenarkan masuk sbb kawan ‘only’, jaga kat situ siap gelak2 dengan member dia masa check beg camera aku.. gelak takpa, jangan rosakkan kamera dah. Aku pun tunggu la kat luar, Ucop call cakap dia macam lama lagi kat dalam tu, so aku amik la cab ke shopping komplex Al-Wahda. Tambang taxi amatlah murah berbanding yang aku spend tiap2 hari kat Dubai - 4 dirham only. Aku ronda2 situ, cari cafe yg ada wi-fi sambil check email kat Ipod. Round2 amik gambar dalam tu sampai ada jaga tegur aku cakap - ‘cannot take picture here, family pictue OK’. Last2 aku decide nak balik ke Dubai sendiri, sebab Ucop memang lama lagi nak selesai urusan. Dengan muka penuh konfiden aku jalan sampai bus stand semalam, tanya bas ke Dubai, naik bas - tambang 20dirham. Sambil tunggu bas bergerak - aku snap gambar2 exoticar yg lalu.




Sejam setengah baru sampai ke Dubai. Dengan muka penuh konfiden lagi, aku turun tepi highway sebelah MOE. Kalau nak tunggu sampai bas stand Bur Dubai, mmg jauh lagi.. nanti nak kena patah balik jugak. Sempat la jalan2 sat kat MOE. Usha harga2 camera kat situ.. lengkap la rondaan. Aku pun naik cab balik ke Dubai Marina untuk siap2 nak balik ke Dublin. Nasib baik Man tak keluar, dia siap berseluar pendek rilex2 dalam apartment. Aku pun sempat skype ngan family sambil kemas2. Pukul 5ptg, aku amik taxi ke Chelsea tower - babai Dubai Marina. Yang bestnya, boleh check in beg aku kat Etihad office - very handy. Ofis Jimmy pulak betul2 sebelah tu. Dah check in aku minum2 dulu ngan Jimmy - tunggu Joker & Pica.





Jimmy, Joker & Pica - probably the last eligible & fully loaded bachelor from our class PPP/UiTM Seksyen 17 grad year 2002. They are now working and residing in Dubai, UAE. As soon as Pica & Joker arrived - I mentioned Jumeirah - haven’t been there yet of course. Dinner at Souk Madinat Jumeirah - Thanks guys for buying. Pica then drove us back to SZR in the nick of time - 11pm for coach transfer ke Abu Dhabi.
Note - lama dah aku tak gelak keluar air mata dengan lawak-lawak ‘high’ kedai mamak - hardcore style..


photo by Jimmy - in Budiman Cergas all time great jersey - with Zidane Juventus no21 eeehehehe.
10 Comments »


Hari ni agak adventurous, petang2 Ucop decide dia kena pi Abu Dhabi untuk settlekan hal2 visa - so aku pun sms Joker cakap kena postpone dinner ke esoknya, sbb nak gi Abu Dhabi, lagipun bila lagi aku na melawat si Husin & family. Sebelum ni penah jumpa di alam cyber, masa Husin singgah rumah kat Percy Place dulu pun aku takdak, kat Berlin office trip masa tu.
Nak ke Abu Dhabi kena amik bas kat Dubai bus station kat Bur Dubai - old town. Area ni memang pekan asal/lama Dubai, seberang sungai, terpisah dari Dubai baru yg memang dah westernised. Penduduk area ni pun aku nampak 85% Parkistan, selebihnya mungkin locals yg own the shops, indians, filipinos and sorang dua mat salleh. Bas stand pun dah sebijik macam sungai petani punya style. Sementara tunggu bas, 1st thing kami buat - minum air kelapa muda & burger dengan harapan sama macam burger Ramlee tapi kecewa. Dah dekat bas nak sampai, sorang mamat ni cakap ada bas lain kat belakang nu.. berlari & beratur depan bas - sekali penuh, berlari ke bas yg lagi kecik pulak.. ala2 bas mini wilayah tp ber-air cond. Lena jugak la kejap dalam bas sementara nak sampai ke Abu Dhabi.

 
Pekan Abu Dhabi berbeza dari Dubai, 1st impression - teratur & lebih rilex. Husin sampai dengan Ford Edge left hand drive. Special thanks to Doya yg susah payah memasak untuk kami yg samai lewat malam. Memang makan macam rumah sendiri. Brader Husin ni pulak baru angkat itu D90, sempat la borak2 camera sambil borak2 life sampai pukul 2pg. Memang kalau boleh nak borak lagi lama, tp masa suntuk, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi… until then kita maintain contact in cyberspace.

No Comments »

Hari ni aku ke area Qusais - dari Dubai Marina jauh gak - naik teksi kena sampai 100dirham tuh! Sebelum tu singgah ofis Joker & Pica - old mates from UiTM dihatiku years 2000-2002 - masih single, available and fully loaded (pocket wise). Diorang bawak makan kat Deira mall - aku ikut saja tak tau la kat mana. Kalau hijrah dari KL ke Dubai, mmg tak berapa rasa sangat kut bezanya sbb shopping mall sana sini, makan pun takyah risau halal haram. Cuma tukar orang2 jadi middle-eastern, parkistan, filipino and arab sikit2, plus left hand drive. Tengahari tu pun makan menu Indonesia, siap ada rendang daging.. kuyu mata.

Lepas ofis hour - janji ngan Ucop jumpa kat Ikea, naik teksi macam biasa. Sampai situ aku jalan2 Festival City betul2 sebelah Ikea. Bergegas jugak aku nak amik gambar senja - view towards Dubai. Betul2 lawa tme tu, sayangnya, aku lagi suka enjoy view camni dengan family..


 

Teman Ucop jalan2 dalam Ikea - saja dia survey2 barang2 yg perlu nak beli nanti untuk menyambut keluarga dari Dublin - punya leka mencatit tak nampak pun benda2 tu dah ‘out of stock’. Last2 shopping benda2 kecik untuk dia mula lepak kat rumah sewa nanti.
Balik malam tu - Skype time - borak layan Aiden menyanyi kat Dublin sana nuh.. takpa, nanti kita datang jalan Dubai satu family, datang sorang2 kurang rasa best.

7 Comments »
Selamat mendarat di Abu Dhabi airport jam 720pg.. bas express ke Dubai jam 8.30pg, tiupun nasib ada 2 lg space untuk aku & Man - kesian brader kena duduk belakang sekali. Perjalanan yg sepatutya 1.5jam jadi 3 jam sbb jam tak hingat on the way masuk Dubai - SZR tutup haritu.
Tiba di Dubai - aku expect - panas.. panas.. tapi tak sepanas yg dijangka.. bawah 30deg, Dubai dah masuk winter - sama panas dengar Irish summer, tak berpeluh sangat pun.
Lepak Mall of Emirates aka MOE ngan Man, aku dah ngantuk kow2, tenaga fizikal makin kurang, tambah dengan beg yg berat, handphone line O2 yg hampeh takda outgoing line - takleh call or sms keluar. Terpaksa beli Etisalat kad 90dirham. Man blah ikut member dia, tinggal aku kepenatan kat MOE, nak jalan tak larat nak angkut beg, duduk lepak depan Ski Dubai punya glass - dalam tu tulih -3deg.. bapak sejuk.


Aku amik taxi ke Dubai Marina - baru aku tau perangai taxi cab kat sana - kena pujuk rayu jugak kalau dia tanak pi area tu. Dahtu dia boleh tak tau La Riviera Tower - logik gak sikit2 bepuluh jugak tower kat Dubai Marina.. last2 aku turun menapak - Ucop suh lepak kat area Hilton - sampai tepi beach - tenaga fizikal aku dah habis, sama cam panjat Wicklow - kalau ultraman dah kuar lampu merah. Aku lepak menikmati sunset view bumi UAE & exoticar2 yang berkeliaran kat situ.
Kami dinner sorang 50dirham malam tu - timakasih kat Ucop belanja. Sampai kat apartment hinggap - Ucop kenalkan kat housemate yg 12jam ber-hot pants and ber-slang ala Mean Girls - shammonn la. Last2 kitorang lepak borak atas roof top.




6 Comments »
Ada 2 gambar terpilih yg aku nak share setelah 3 hari kat sini, banyak lagi gambar lain, tp banyak pulak nak diceritakan nanti. Letih.
Dubai Marina view dari rooftop La Riviera Tower - istana hinggap Ucop. Atas ni ada gym, swimming pool, wading pool & jacuzzi.. sayangnya aku takda mood nak berendam.

Downtown Dubai from Festival City. Burj Dubai on the backdrop. Visibly taller than the others with 160 floors at 707m, currently the tallest structure in the world. No sweat. Selamba..

21 Comments »
|