BBQ at Epi & Roza’s
Posted by: admin in Family, Journal, Photojournals, tags: 18-135mm, D80, epi, f3.5-5.6, RozaD80 + 18-135mm f3.5-5.6
Oleh sebab kami tak join trip Northern Ireland, berpeluanglah nak hadir ke jemputan housewarming Epi & Roza kat Lucan. Sampai pun dah kul 5.30pm, ada hal kul 5 kat town. And as expected, ayam & lamb bbq epiroza mmg sedap, tambah ngan makanan2 indoor & earl grey sikit.. layannn. All the familiar faces were there, apart from those on vacations.
Sempat jugak aku try Izwan punya D200. Perghhh.. jadi kecik D80 kalau letak sebelah, tapi.. kompem tak sesuai la ngan aku yg baru berjinak-jinak ngan dslr ni, bapak susah, tapi aku tau, kalau dah start pakai, mesti stim habis.
Yg lelaki semua lepak luar, diorang bukak crita golf, aku senyap sambil buat2 makan. Leko wak kluar pengalaman2 jalan2 US, part paling aku suka bila dia buat gaya gelabah beli McD layan diri.. kekeke.. lawak2. Para wanita lepak dalam, dari luar boleh dengar ‘pung pang pung pang’ depa duk bercerita.. pebenda la agaknya yg best sangat. Okla aktiviti gini, buat kami yg tak gi jalan mana2, sebagai therapy akal fikiran.. sedar2 dah kul 10 lebih, Aiden pun dah hyper tahap tak terkawal, balik2.. TQ tuan rumah!













Entries (RSS)