Day2-London
Posted by: admin in Family, Travel, tags: eye, greenwich, hall, london, malaysian

Antara tujuan family road trip ini sebenarnya nak melawat tempat2 kenangan pahit manis semasa belajar & kerja di tanah penjajah ni. Kalau boleh mmg nak round semua, memangla tak sempat & tak cukup time..
Destinasi hari kedua – London – tempat kami mulakan hidup berkeluarga. Mulalah routine checkout Travelodge pukul 10pg. Sampai sana, aim bawak Aiden naik London Eye dulu, nampak macam dia suka, walaupun tak se-excited naik keretapi. Panas pulak cuaca haritu, 25deg+, sampai rasa terlalu panas sbb dah pakai lengan panjang. Lepas round area tu, kami straight ke area rumah lama, New Cross. Lalu Elephant & Castle tmpt mekanik India aku, lalu tmpt shopping groceries.. ramp tmpt tekan minyak keta lama naik bukit. Melawat apt kat Sterling Garden & Liardet St (rumah pertama Aiden).. area yg kalau jalan kaki, selalu ada jambak bunga kat park.. tanda org mati kena bunuh kut.. dodgy jugak la kalau nak jadi pedestrian.
Straight ke hospital kelahiran Aiden kat Lewisham – blur ja dia cam takda apa2 effect pun. Masni sempat jugak buat temujanji dengan Cik Joe (tak tau pulak nama sebenarnya), kawan lamanya yg dah berjasa besar. Jumpa sekejap kat King Cross hantar dia balik ke Oxford tmpt seminar/course? Aiden pun dah start hyper, berlari keliling train station.. aku tengok dari jauh, sambil dijeling security kat situ, biasala London.. semua benda dianggap suspicious.
Pastu, Malaysian Hall restoran, di mana pengunjung cakap broken english dan pemilik cakap pekat Sg Petani… kekekeke.. nasi goreng kampung+telur mata+teh ais, mee goreng mamak.. etc.. Sembang ngan Along.. kawan lama Masni, Angah nya tak jumpa pulak sbb keja kat tmpt lain. Selesai makan, aku kuatkan semangat drive ke Canary Wharf – kononnya night shooting. Tapi sejuk la pulak, letih sbb dah pukul 10+, siap sesat pulak tu, dah lupa jalan nak ke wayang tmpt kami tenet hujung minggu. Stop jugak di Greenwich, sbb teringin nak shoot gambar kapal lama Cutty Sark. Dah siap parking, keluar ngan stroller sejuk2, baru aku teringat yg kapal tu dah pun terbakar.. dengan penuh sopan aku cakap kat Masni.. ‘lupa la, rasanya dah terbakar kut’.. kompem, penuh ngan hoarding area tu, tengah rebuilt balik. |Dah sejuk, letih sampai takleh pikir dah.. baru gerak cari hotel, kul 12mlm baru checkin, nasib baik dah kenyang.. zzzzzzz. Esok nak drive jauh.


Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.




















































Entries (RSS)