Day3:London-Stonehenge-Bath
Posted by: admin in Travel, tags: building, lloyds, london, serpentine, stonehengePhotos in progress..
Disebabkan aku ni graduan bidang senibina, banyak la gambar2 bangunan dr gambar orang, trip ni pun sikit2 jadi macam trip architecture. Selamat menjamu mata dengan gambar2 bangunan ya.. harap tak kisah. Banyak gambar aku snap dr dalam keta, jimat masa.

Aku teringin nak lalu jugak Tottenham Court Road, sbb hampir setiap petang aku ronda situ, tunggu Masni habih kerja, plus situ pun banyak kedai2 gadget electronic, Virgin megaplex, kedai sukan murah, ada Astoria & dekat ngan Soho.. kena la dengan jiwa aku sikit2. Tp tension jugak la sikit2, bawak kereta tu mmg best & senang, kereta pun tak banyak sangat dalam central London sbb congestion charge, tp aku nak bayar congestion charge punya la susah sbb mesin tanak terima plate Irish. Lepas tu nak parking pun dah takda tempat pay & display.. kena tengok tiang lampu area mana park, pastu call bayar ngan kredit kad.. pejadah la menyusahkan orang esp foreign visitor. Round punya round terjumpa jugak tmpt parking bayar syiling. Ni pun semata-mata nak puaskan hati aku nak round kedai2 camera kat situ.. cari tripod tak puas2. Ada setengah jam aku duk try, shortlist sampai tinggal 2, siap tawar turun harga, last2 tak beli.. kat Petaling Street takleh buat camni hehehe..

Usha opis lama Masni belakang tu, restoran seafood yg bos dia selalu bwk makan, masjid/surau tempat semayang jumaat & kekadang bukak posa. lepas tu dah malas dah nak jalan, terus hala ke Mara house utk sarapan & tapau.. hala situ pun sbb Mara house ada 3space parking – nasik ayam + teh tarik + tapai yg dah rasa macam spirit (tak habis aku makan.. takut mabuk, selalu berbungkus-bungkus bleh masuk). Mara house ni lebih nostalgik pada Masni – antara tempat pertama dia berteduh masa mula2 meredah London ni. Pernah dia menapak pegi balik 8km total ke opis setipa hari. Nak tau citer lebih detail, boleh tanya Masni, kalau dia sudi cerita..
Dah cukup dengan London, kami terus mengahala ke barat. Bawak kereta thru Hide Park & stope by Serpentine – tahun ni Frank Gehry – amik gambar seround dua pastu blah ke Stonehenge.


Dah letih – gegas ke Cardiff. Singgah di Bath walaupun dah gelap. Round area city centre yg berbukit-bukit & Royal Crescent. Dah puas sikit2, terus ke Cardiff. Check in travelodge dengan lompatan katil tradisi Masni.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.


Entries (RSS)